Selasa, 08 Juli 2008

Sayunya Melihat Ahli UMNO Papa Kedana..

Hari ini (8.7.08) seorang lagi ahli UMNO meninggalkan keluarga dalam serba kedaifan. Beliau meninggalkan isterinya 7 orang anak yang mana 5 orang masih bersekolah rendah di sebuah rumah usang tanpa bekalan air paip. Betapa sayu mata memandang keadaan dalam rumah yang yang hanya mennati masa untuk menyembah bumi di tambah dengan tangisan 5 orang anak yang kehilangan tempat bergantung. Si ayah hanya tinggalkan sebuah bot kecil tanpa enjin, hutang keling pinggang dan rumah yang tembus pandang ke langit. Kalau pegawai tinggi di bandar mengeluh lantaran kenaikan harga barang gara-gara penarikan subsidi minyak dan tak boleh buat program di hotel, bayangkanlah keluarga yang terkontang kating ini berhadapan dengan harga barang yang berterusan naik tanpa pemantauan dari pihak berkenaan. Maka YB yang datang hulurkan simpati baru sedar bahawa masih banyak rumah pprt yang diperlukan dan betapa banyak wang diperlukan lagi untuk kwap dan elaun bulanan untuk ibu tunggal. Dari kita bazirkan duit ratusan juta untuk PLKN yang tiada kesan atau hantar angkasawan ke bulan yang hanya jadi gurauan elok kita peruntukan untuk mereka yang memerlukan. Sampai hatikah kita mendengar tangisan berterusan dari si miskin yang memberi kita undi sehingga kita mampu pertahankan kuasa dan jadikan presiden PM. Sayu hati melihat ahli UMNOku papa kedana tapi kadangnya sakit hati bila lihat menteriku yang kaya raya. Fikir-fikirkanlah

2 Komentar:

Blogger Unknown mengatakan...

Kita makin papa kedana bila minyak naik...barangpun semua naik. Tambang kenderaan naik. Beras subsidipun susah sangat nak dapat. Kalau adapun kita terpaksa berebut. Nak beli beras biasa terlalu mahal. Tak lama lagi kita akan kebulur mcm di somalia. Nelayan pesisir pantai yang tak dpt subsidi petrol mcm kami ni cukup sengsara. Elok kerajaan bunuh saja rakyat miskin di Malaysia ni dari mereka hidup sengsara akibat kenaikan harga yang tidak terkawal ni.

12 Juli 2008 pukul 10.33  
Blogger Unknown mengatakan...

Bila pemimpin UMNO sibuk cari kekayaan untuk diri dan keluarga maka ahli hanya dipakai bila time pilihanraya...tapi pandai pula mengata orang tak tunai janji. Manifesto sendiri apa cerita....mana sudah Aman, Makmur dan Sejahtera...harga minyak n barang naik apa cerita.

12 Juli 2008 pukul 10.38  

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda